Program Hari Kesihatan Komuniti Bersama Yayasan Buah Pinggang
29 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2025 (Khamis), telah berlangsung Program Hari Kesihatan Komuniti di NADI Semanggar Dalam dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) Unit Selatan. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang dan mendapat sambutan daripada komuniti setempat.
Program ini memberi peluang kepada penduduk untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma selain turut disertakan dengan sesi pendaftaran ahli NADI dan pengenalan Program Smart Services @ NADI seperti semakan status kelayaran STR dan SARA. Seramai 24 orang komuniti hadir menyertai program ini, manakala pihak NKF turut diwakili oleh 6 orang staf Unit Selatan.
Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan buah pinggang serta penyakit berkaitan seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi. Melalui penganjuran bersama ini, diharapkan masyarakat setempat lebih peka terhadap kepentingan pengesanan awal penyakit dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: